Monday, 1 October 2018

Review Penapis Air Cuckoo Vs Coway


Sekarang ini boleh dikatakan hampir semua orang di negara kita ni dah mula sedar tentang keperluan air yang bersih dan kebanyakan rumah dah pasang penapis air untuk kegunaan keluarga sehari-hari. Begitu juga dengan saya. Saya sendiri pun baru sahaja memasang penapis air sendiri di rumah dua bulan yang lalu.

Pening nak pilih jenama penapis air yang terbaik.

Sekarang ni dah banyak jenama penapis air yang kita boleh dapatkan di pasaran.  Kalau dulu yang femes jenama Elken, sekarang dah ada macam-macam jenama seperti Coway, Cuckoo, Kangen Water, dan sebagainya.
Sampai saya sendiri pun pening nak pilih yang mana satu, sebab semua pun menawarkan kelebihan produk masing-masing.

Bila dah terlalu banyak jenis penapis air yang dijual di pasaran, kita mungkin akan membuat kesilapan dalam memilih jenis yang terbaik yang memenuhi keperluan diri kita dan bersesuaian dengan bajet kita, jika tidak membuat research terlebih dahulu. Jika dah tersilap beli, dan dah terikat dengan sesuatu pelan contohnya selama 5 tahun, kita terpaksa menanggung kontrak bayaran tersebut selama 5 tahun, untuk penapis air yang kurang menepati keperluan dan kesesuaian kita. Rugi kan?

Jadi di sini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak research yang saya buat sebelum ini, sebelum saya membeli penapis air saya sendiri.

Memandangkan sekarang ini ada dua jenama besar penapis air yang menjadi pilihan rakyat Malaysia, jadi saya memang merancang untuk memilih salah satu daripada dua jenama ini utk kegunaan saya di rumah, iaitu Coway atau Cuckoo. Bukan sebab mengikut trend, tetapi dua jenama ini terbukti boleh dipercayai servis dan kualiti nya, dan menawarkan pelbagai pelan yang menarik yang mampu dimiliki oleh semua.



Sebenarnya tak banyak pun beza antara Coway dengan Cuckoo. Kedua-dua jenama ini memang bagus, kalau nak dibezakan, memang kita tak boleh bezakan dengan tepat sebab saya pasti, kalau murah ada sebab nya, dan mahal pun ada sebabnya. 


1. HARGA.

Dari segi harga, harga penapis air CUCKOO adalah lebih murah untuk saya dapatkan air bermineral dan beralkali ringan, dan terdapat beberapa pilihan (yang harga bulanannya kurang dari RM100) iaitu:

King Top - RM75.47/bulan
Iris Top - RM94.34/bulan 

Fusion Top - RM98.00/bulan  
3 tahun (kontrak) + 2 tahun
Dimana bayaran tahun 1-3 ialah RM98.00/bulan, dan sekiranya kita ingin teruskan sewaan (beli), bayaran tahun ke 4-5 menjadi RM80.00/bulan


Untuk COWAY, mereka ada model Neo yang menawarkan harga serendah RM108/bulan untuk kualiti air yang sama.(air mineral beralkali ringan)


2. TEKNOLOGI FILTER

Dari segi teknologi filter, kedua-duanya pun ada kekuatan tersendiri.
CUCKOO menggunakan Nano Positive filter dalam 6 stages filtration system, manakala COWAY menggunakan Nanotrap Filter System (untuk model Neo).


3. SERVIS FILTER

CUCKOO servis dan tukar filter setiap 4 bulan. (Rujuk jadual tukar filter mereka)
COWAY servis filter setiap 2 bulan, dan tukar filter setiap 6 bulan.
Jadi pada saya, kualiti servis kedua-duanya adalah lebih kurang sama sahaja. Dan kedua-dua syarikat sangat menjaga kualiti servis mereka dan memang boleh dipercayai.

Dari segi spesifikasi, kita sebagai pengguna boleh memilih yang mana satu memenuhi citarasa dan keperluan kita. 


4. PEMASANGAN, SERVIS DAN WARRANTY

Dari segi pemasangan, servis dan warranty, CUCKOO dan COWAY kedua-duanya menawarkan pemasangan PERCUMA, serta servis dan warranty PERCUMA mengikut berapa lama tempoh sewa beli yang kita ambil.


5. KUALITI AIR

Saya memang memilih untuk mendapatkan air mineral beralkali ringan kerana air ini mempunyai khasiat mineral untuk keperluan tubuh badan kita berbanding air tulen (R.O), dan kualiti air ini berada di antara paras Natural dan Mild Alkaline, dan pH nya bersesuaian dengan pH darah kita. Ia juga memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). CUCKOO dan COWAY kedua-duanya memiliki model yang menawarkan kualiti air bermineral dan beralkali ringan.


KENAPA SAYA MEMILIH CUCKOO?

Apabila saya membandingkan kedua-dua jenama ini, saya memilih penapis air dari jenama CUCKOO kerana ia menawarkan harga yang lebih sesuai dengan bajet saya, untuk mendapatkan kualiti air yang saya perlukan.

Begitulah sedikit sebanyak penilaian saya terhadap penapis air dari kedua-dua jenama ini, dan saya berharap agar ianya sedikit sebanyak membantu anda dalam membuat pilihan.

Jika ada sesiapa yang bercadang untuk memilih penapis air jenama CUCKOO, saya cadangkan anda lawati website ini 

Kenapa saya rekemen website tu?
Sebab mereka offer HADIAH PERCUMA yang menarik untuk pelanggan yang membeli dengan mereka, yang mungkin tiada di tempat lain. Dan memang sangat mudah untuk saya buat perbandingan di antara model-model yang mereka ada sebab keterangan yang mereka berikan sangat lengkap berserta video sekali.

Macam saya, saya siap dapat percuma set IKEA Steka Non-Stick Frying Pan dengan set IKEA Gnarp Kitchen Utensils lagi tau, macam dalam gambar bawah ni. 

Best tak, beli satu barang, dapat 4 barang. Best kan? Haa...anda bolehla jenguk website dorang sementara dorang masih offer hadiah tu.



25 comments:

  1. Cuckoo adalaha OEM product, di Korea cuckoo dia terkenal dgn rice cooker, Coway ni dia ada kilang dia tersendiri, buat penapis air dari A to Z semua mereka yangyang ke kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul..dia ada kilang sendiri buat penapis dia and kilang RND dia sendiri..bukan OEM produk..

      Delete
    2. Mknanya lbh baik coway dr cuckoo cmtu?sy pun dlm risik nk guna pnapis air ni

      Delete
    3. Blh tekan link ni... wasap.my/60139554495

      Sy akan terangkan dr A ke z

      Delete
    4. Boleh tengok kat utube ada ustaz bandingkan air cuckoo dan coway dan air2 yang lain mana yang lebih baik

      Delete
  2. As'salamualaikum, jika ada sesiapa yang hendak memasang penapis air ini boleh lah hubungi saya..0175118303.. tksih

    ReplyDelete
  3. Mmg pilihan terbaik. Hubungi saya utk rundingan pilihan harga terbaik penapis air Cuckoo. ������http://wasap.cuckoo/601151894899

    ReplyDelete
  4. kepada sesiapa yang berminat dengan product Coway pula boleh berhubung dengan saya. dan saya akan explain detail selanjutnya tentang produk Coway dan mengapa harganya sedemikian. �� Aimi - 0199846691 (consultant Coway Hq)

    ReplyDelete
  5. Kepada yg berminat nk guna produk serendah dari rm 66 sebulan bolh lah hubungi sy faiz 013-6773636 (helty coway) atau whatsaps ke wasap.my/60136773636/minat

    ReplyDelete
  6. Whatsapp 01123888255 Rosidah ramli yg berminat dgn product coway.sy sudi membantu anda

    ReplyDelete
  7. wow.. masih guna ke trick lapuk ni. kalau 3 4 tahun lps blh u guna n trick customer u dgn info mcm tu. Fakta mana yg u cedok ni? Cuckoo mesin air OEM produk? U jgn tersedak air pulak bila this year cuckoo nk bukak kilang di Malaysia. Itu maksudnya, dkt Korea sdiri cuckoo ni dh ada kilang sendiri dn sbg pengeluar utama produk home appliances. U je dgn kwn² coway u syok sdiri tiap² hari kena brainwashed dgn manager u kata cuckoo itu ini. Blh I tahu, u dh check ke filter coway tu made in korea lagi atau dh bertukar made in china? i tanya je. so jgn ler marah ye. huhu

    ReplyDelete
  8. sy pilih coway sbb air dye bersih 0.001% bersih Dan services 4bulan skali hnya byr 118 shj

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba Kangen Water pula. Made in Japan

    ReplyDelete
  10. Panasonic activated charcoal penapus Air hanya rm200 saja

    ReplyDelete
  11. kalau korang nak tau.. sebelum korang nak beli penapis air,, korang boleh semak brand water filter korang sama ada produk terbabit tersenarai dalam pengiktirafan WQA atau Water Quality Association.

    Korang jangan main bedal je ya, WQA ni satu badan PERSATUAN PENGIKRIRAFAN AIR DUNIA. Dan diorang yang akan iktiraf sama ada penapis air yang korang beli tu ada standard atau below standard..

    So di sini aku kongsikan link untuk ke laman WQA terbabit, korang just masukkan nama penapis air korang dalam ruang seperti yg aku paparkan.. Taipla jenama syarikat air alkali ke mineral ke yang korang tau, insya Allah sangat membantu..

    Ni link dia ya : https://www.wqa.org/Find-Products#/

    ReplyDelete
  12. Saya memilih perawat air espring no 1 dunia......lagi murah tanpa ade kos2 servis bulanan...

    ReplyDelete
  13. Kalau nk pasang penapis air cuckoo, boleh roger sy, pemasangan seluruh malaysia-0143633868

    ReplyDelete
  14. Klu di Korea skg ni baik Penapis Air Coway,Cuckoo,Chungho, Sk Magic atau Korea Rental semua dah ketinggalan zaman. Skg kebanyakan mrk upgrade kpd Penapis Air Tankless LG.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Kalau dua2 (coway and cuckoo) compare dgn Air Zam Zam ?
    * sorry soalan Ni just utk santai2 je. Jgn serious sgt.. Nk bg perdebatan hangat antra coway and cuckoo sejuk skit..
    * atas langit masih ada langit

    ReplyDelete
  17. Air kat Malaysia bukannya datang dari sumber air beracun atau kotor sangat.

    Jadi takperlu lah bgtau produk ini lebih baik dari yang lain.

    Ikut lah bajet yg ada. Dah berkenan kat mata, ada bajet boleh beli.

    Jika besok2 ada duit lebih nak bertukar produk. Tukar je.

    Macam kita pakai keta. Ok tak?

    Hahahaa.. serius ni. Bukan main-main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...ikut citarasa masing2..tenang2 aje.

      Delete

Review Penapis Air Cuckoo Vs Coway

Sekarang ini boleh dikatakan hampir semua orang di negara kita ni dah mula sedar tentang keperluan air yang bersih dan kebanyakan rumah da...